Monday, May 14, 2018

Ramadhan Buffet 2018 : Jom Iftar Di Funtasia Hotel Bangi - Putrajaya

Asalamualikum dan Salam Sejahtera


Bulan Ramadhan akan tiba dalam beberapa hari lagi, jadi dah semestinya ramai yang tengah mencari tempat iftar yang best kan? Meh aku nk cerita salah satu tempat iftar yang menarik untuk korang pergi bulan puasa nanti iaitu di Hotel Bangi - Putrajaya. Konsep yang cuba dibawakan oleh Funtasia ialah konsep jalanan yang korang akan lihat nanti banyak booth-booth berkonsepkan bas-bas di sekitar jalan masuk ke restoran Funtasia Hotel Bangi - Putrajaya ini. Aku sangat suke konsep ni sebab sangat berwarna warni dan yang paling penting konsep mewah tu ada taw.

Saturday, May 12, 2018

Ramadhan Buffet 2018 :Berbuka Puasa Dengan Selera Malaya Hanya Di The Kuala Lumpur Journal

Asalamualaikum dan Salam Semua

Beberapa minggu lepas, aku telah menghadiri ramadhan buffet review di KL Journal Hotel Kuala Lumpur. Hotel ini betul-betul berdekatan dengan Bukit Bintang taw! Pada tahun ini, The KL Journal membawakan konsep berbuka puasa dengan Selera Malaya. Jadi, mestilah masakan-masakan popular Malaysia akan dihidangkan disini. Nak taw lagi apa yang istimewanya disini, teruskan membaca.

Monday, May 7, 2018

Menikmati BBQ Lamb Terbaik Sambil Menikmati Suasana Hijau di BBQ LAMB KL KEMENSAH

Asalamualaikum dan Salam Semua


Baru- baru ini, aku telah dijemput untuk mempromosikan Ramadhan Preview di BBQ Lamb KL Kemensah. Tempat ini pernah viral di facebook tahun lepas kalau tak silap disebabkan persekitaran hijau yang cantik dan santai serta konsep makan diatas air sungai yang mengalir. Persekitaran di kawasan ini sangat nyaman dan tenang dan amat sesuai bagi mereka yang ingin menikmati makanan sambil menghirup udara segar di kawasan Kemensah ini. Perasaan gembira teramat sangat bila dapat peluang ke sini dan apa yang diperkatakan tentang tempat ini adalah benar belaka! Ewah