Asalamualaikum
Dalam blog post yang lepas, aku telah post berkenaan pengalaman keseluruhan makan di BBQ KL Lamb Kemensah berserta dengan menu dan untuk edisi kali ini posting akan lebih tertumpu kepada menceritakan sendiri pengalaman makan di dalam sungai dimana ianya adalah satu tarikan utama pengunjung kesini. Tapi kali ini ada sedikit kelainan kerana kita makan bersama artis taw. Siapa artis tersebut? Tak lain dan tak bukan iaitu Aiman Tino. Untuk pengetahuan semua, ini adalah kali kedua aku bersemuka dengan Aiman Tino dan sejujurnya beliau adalah seorang yang mesra dan sangat menghormati orang lebih dewasa. Patutlah banyak wanita-wanita gila sangat dengan si Aiman ni =P