Dalam kehidupan, mesti kita ada impikan pergi ke satu tempat menarik yang berada diluar kemampuan kita. Tempat yang cantik, tenang dan indah untuk pergi bersama orang yang kita paling sayang.Tahu Santorini Greece? Salah satu tempat idaman semua orang termasuk faries. Tempat cantik di persisir laut Greece dan sangat sesuai untuk pasangan berbulan madu. Teringin nak bercuti ke Santorini? Jom tapi dengan syarat korang kene teruskan membaca =P
Tuesday, October 30, 2018
Pengalaman Kedua Memiliki Iphone Keluaran Terbaru Pada Hari Pertama Dilancarkan!
Alhamdulillah, akhirnya Iphone 6 ku yang nazak bertukar jua. Eh sebenarnya nak cerita pengalaman memiliki Iphone pada hari pertama dilancarkan. Faries masih ingat pertama kali Iphone 6 dilancarkan pada tahun 2014 pada bulan November. Faries merupakan salah seorang yang beratur di Apple Center iaitu Machines cawangan Mid Valley untuk mendapatkan Iphone 6. Masyaallah, masa tu dia punya ramai tak boleh nak cerita. Tapi alhamdulillah dapat pun phone yang di idamkan.hehehe. Rasanya semua sedia maklum yang Malaysia bukan negara pertama menerima iphone selepas pelancaran. Memang kene tunggu sebulan setiap lah selepas iphone dilancarkan di US.
Tuesday, October 23, 2018
Cannis App | Aplikasi Pintar Hebat Yang Akan Tersenarai di 'Nasdaq' 2021
Masih ingat Cannis Apps? Aku pernah update mengenai pelancaran aplikasi pintar Cannis lebih kurang dua bulan yang lalu. Korang pun dah sedia maklum kan tentang kehebatan Cannis apps dimana menyediakan 7 fungsi didalam 1 aplikasi! Fuhh. Aku pasti masih ada yang belum familiar dengan dengan aplikasi Cannis ini. Aku nak kongsi dengan korang dimana dalam masa dua bulan ini Cannis app telah menerima sambutan hebat seluruh dunia dan jumlah muat turun 100 ribu pengguna di peranti App Store dan Play Store. Hebat bukan!
Subscribe to:
Posts (Atom)