Asalamualaikum Semua dan Salam Sejahtera
Larian marathon sudah menjadi trend masa kini dimana rakyat Malaysia berminat menyertai aktiviti larian seperti ini dimana ianya bukan sahaja dapat memberikan dan meningkatkan kesihatan pada tubuh badan tetapi menyertai aktiviti larian marathon adalah salah satu terapi diri setelah seharian penat bekerja dan kadang kala tidak berkesempatan melakukan aktiviti sihat. Putrajaya Night Marathon 2018 yang diadakan beberapa hari yang lepas sudah melabuhkan tirainya. Walaupun hujan turun dengan lebat, para pelari masih bersemangat dan acara larian Putrajaya Night Marathon 2018 kali ini ditaja penuh oleh Potatoes USA.