Saturday, November 3, 2018

LAB 11 Lancar Produk Untuk Rambut Kekal Sihat Dan Cantik!

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Makin meningkat umur semakin banyak masalah rambut yang akan kita hadapi. Faries pun dulu jenis rambut tebal tetapi sekarang ini tidak lagi sebab rambut makin lama makin menipis. Faries percaya ini berpunca daripada peralihan umur ataupun penggunaan produk rambut yang tidak bersesuaian. Maklumlah sekarang banyak produk rambut yang mengandungi bahan-bahan yang tidak baik untuk pertumbuhan rambut. Alhamdulillah, kini Faries tak perlu lagi risau sebab rasanya dah jumpa produk tepat untuk kembalikan rambut seperti sedia kala. Nak tahu produk apa? Jeng Jeng Jeng.....

Wednesday, October 31, 2018

Kekal Sihat Dan Cergas Bersama Potatoes USA | Penaja Utama Putrajaya Night Marathon 2018

Asalamualaikum Semua dan Salam Sejahtera


Larian marathon sudah menjadi trend masa kini dimana rakyat Malaysia berminat menyertai aktiviti larian seperti ini dimana ianya bukan sahaja dapat memberikan dan meningkatkan kesihatan pada tubuh badan tetapi menyertai aktiviti larian marathon adalah salah satu terapi diri setelah seharian penat bekerja dan kadang kala tidak berkesempatan melakukan aktiviti sihat. Putrajaya Night Marathon 2018 yang diadakan beberapa hari yang lepas sudah melabuhkan tirainya. Walaupun hujan turun dengan lebat, para pelari masih bersemangat dan acara larian Putrajaya Night Marathon 2018 kali ini ditaja penuh oleh Potatoes USA.

Tony Roma's Memperkenalkan Menu Baru Berasaskan Bahan-Bahan Tempatan Bersempena Ulang Tahun ke 12!

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bulan ini,Tony Roma's sudah masuk tahun ke 12 penubuhan cawangannya di Malaysia. Siapa tak kenal Tony Roma's ? Restoran yang terkenal dengan ribs steak dan kini TR sudah mempunyai 12 cawangan diseluruh Malaysia. Walaupun faries belum pernah cuba rasa TR sebelum ini tapi TR memang sudah terkenal,cuma belum ada kesempatan nak cuba rasa. Tapi alhamdulillah hari ini berpeluang merasai menu TR!

Dato' Nazipah Jamaludin bersama dengan Encik Salleharon Ahmad