Asalamualaikum dan Salam Sejahtera
Rasa macam dah lama tak menulis dekat blog ni. Eh sebenarnya Faries nak bagitahu yang Faries baru je jumpa port lepak untuk buat kerja terbaik di Cyberjaya. Maklumlah sekarang ni Faries dalam proses menyiapkan projek akhir sebelum pembentangan VIVA untuk program ijazah ini. Kalau nak buat kerja kat rumah tu boleh tapi kalau dah nampak katil tu memang dah kelain jadinya. Sebelum ini tempat selesa nak buat kerja ialah di Starbucks tapi itulah kene keluarkan duit pulak untuk beli coffee.hehehe. Tempat yang Faries cakap itu ialah di BookXcess yang terletak di Tamrind Square, Cyberjaya. Korang mesti nak tahu pasal tempat ni kan? Jom teruskan membaca.....