Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua
Makanan Korea dah bukan menjadi perkara asing lagi di Malaysia. Kalau korang perhatikan di kebanyakan pusat membeli-belah terdapat banyak kedai makanan yang menawarkan makanan Korea dengan pelbagai jenama. Faries pun dulu tak berapa minat makanan Korea tapi sekarang ni dah macam terminat pulak.hehehe. Rasanya nak pilih yang betul-betul kena dengan citarasa tu susah bukan? Faries nak kongsi satu tempat makanan Korea yang berbaloi iaitu Dooki Malaysia yang terletak di IOI City Mall, Putrajaya. Nak tahu apa yang bestnya dekat sini? Korang kene baca sampai habis....