Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Hey rasa macam lama je dah tak bersua. Macam mana cuti hari raya korang? Seronok tak? Faries pula tahun ni cuti raya rasa seronok sebab pertama kali kerja dan bagi duit raya kan.hehehe. Eh biasanya lepas raya je banyak majlis-majlis kahwin, tunang, cukur jambul dan banyak lagi orang kite ni adakan. Trend sekarang pulak semua nak tempat yang grand dan cantik.
Ni nak kongsi yang dua tiga hari lepas, Faries pergi keopen day Magica Event and Functions Hall yang terletak di Star Evenue Lifestyle Mall Subang. Pertama kali rasanya pergi ke tempat majlis yang cantik macam syurga ni. Gituh!! Untuk pengetahuan semua, Magica telah merasmikan dewan acara terbaru dan konsep yaang digunapakai daripada Eropah dan kemudahan fasiliti yang lengkap disediakan. Dewan acara ini boleh menempatkan hampir 7000 orang dalam satu masa dan mempunyai 3 buah dewan dan 2 buah bilik VIP.