Monday, September 23, 2019

Pekerjaan PertamaKu Selepas Tamat Belajar di UITM!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Rasanya Faries tak pernah berkongsi atau bercerita tentang pekerjaan sekarang. Ada lah post satu ke 2 kali dekat instagram dulu. Tu pun dekat IG story je. Rasa malas nak kongsi sangat pasal pekerjaan hakiki sebab biarlah korang semua tahu yang Faries kerja blogging jer.hahaha. Hari ini terbuka hati nak cerita pekerjaan tetap Faries sejurus tamat belajar! Nak tahu kan? Jom la baca panjang sikit.hehehe

Sebenarnya ini bukanlah pekerjaan pertama, sebelum ni Faries dah kerja macam-macam kerja sampingan dari jadi pam attendant kt stesen minyak, kerja kedai serbaneka ni KLIA2, kerja katering kahwin, jual air kt pasar sampailah jadi pemandu GRAB. Kite orang susah, nak tak nak mesti lah bekerja dan malas nak susahkan mak ayah sebab tahu dieorang pun ada banyak benda nak uruskan.

Muka lega lepas VIVA

Monday, September 9, 2019

Program 'Nak Ubah Hidup' 2019 Menggegarkan Setia City CC Sempena Bulan Kemerdekaan!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Impian untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik merupakan impian semua orang. Perubahan itu memang perlu untuk kita menaik taraf kehidupan kita tetapi tiada petunjuk yang betul dan akhirnya membuatkan semua orang terpaksa kekal ditakuk yang lama. Rasanya Faries pernah kongsi dalam entri yang lepas dimana Faries telah hadir ke program pakar motivasi perniagaan terkenal iaitu Dr Azizan Osman. Beberapa hari lepas, Faries telah menghadiri sekali lagi ke acara besar dan kemuncak iaitu 'Nak Ubah Hidup' yang diadakan di Setia City Convention Centre bersempena bulan Kemerdekaan Malaysia yang ke 62....

Saturday, August 31, 2019

Menikmati Halal Dimsum di China Treasures, Sime Darby Convention Centre

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bila bercakap pasal makanan tradisi kaum cina mesti korang semua dah boleh teka kan? Dah semestinya Dimsum! Makanan kesukaan Faries dan rata-rata ramai kot yang suka tak kira apa kaum sebab kita kan hidup didalam satu rumpun. Tapi nak cari Dimsum yang Halal tu agak susah. Baru-baru ni, Faries makan Dimsum yang diiktiraf halal di Restoran China Treasures di Sime Darby Convention Centre di Bukit Kiara. Nak tahu apa yang best? Korang wajib baca sampai habis taw....