Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Menjaga kesihatan gigi dan mulut memang penting bagi memastikan tidak berlaku masalah seperti gigi berlubang, gusi berdarah, dan juga mulut berbau. Mereka yang punya masalah dengan gigi selalunya akan berhadapan dengan isu kurang keyakinan diri kerana berasa malu dengan masalah gigi yang terjadi. Lebih-lebih lagi jika gigi rongak. Hendak menguntum senyuman pun terpaksa ditahan-tahan. Jadi bagaimana untuk memastikan gigi dan mulut anda sihat sempurna? Berapa kerap korang pergi berjumpa Dr gigi dalam sebulan? Setahun? Baru- baru ini Faries telah pergi ke perasmian cawangan baru Q&M Dental Klinik yang terletak di Eko Cheras Mall, Kuala Lumpur.
Sebelum pergi lebih jauh, jom kite lihat serba sedikit latar belakang Q&M Dental dimana ianya bermula dengan sebuah klinik tunggal pada tahun 1996, Q&M telah menjadi kumpulan penjagaan kesihatan pergigian swasta terbesar di Singapura dengan memiliki 78 buah klinik pergigian di seluruh
negara.