Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Bulan Ramadhan bakal tiba tidak lama lagi. Rasanya baru sahaja kita melalui bulan yang mulia ini pada tahun lepas. Buat pembaca setia blog Faries korang mesti dah boleh agak posting-posting untuk bulan ramadhan kan? Menu-menu berbuka puasa la uolsss...hehehe. Rasanya tak terlalu awal sebab bulan puasa dalam sebulan lebih sahaja lagi taw... Dah tak nak bercakap panjang, nak cerita terus baru-baru ini Faries telah pergi ke preview buffet Ramadahan di RHR Hotel Uniten yang terletak di Bangi. Ini kali pertama Faries kesini dan teruja taw dengan makanan-makanan yang bakal ditawarkan disini....Nak tahu korang kena bacalah sampai habissss.....
Untuk pengetahuan semua RHR Hotel Uniten merupakan sebuah hotel yang terletak di dalam kampus di Universiti Tenaga Nasional yang terletak tidak jauh dikawasan Bangi, Putrajaya dan juga Kajang. Tahun ini, Hotel RHR Uniten mengambil kesempatan untuk menjamu para pelanggan dengan menu-menu yang disediakan bersempena bulan Ramadahan. Tema tahun ini agak istimewa dimana mereka menggunakan tema 'Jom Ler Berbuka' yang bermaksud menjemput semua merasai menu-menu yang dibawakan disini dan pasti memenuhi citarasa semua dan mempunyai keunikkan yang tersendiri.