Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Cuti sekolah hampir berakhir tatkala kita semua rakyat Malaysia berada didalam perintah kawalan pergerakan disebabkan wabak pendemik Covid-19 ini. Semoga kita semua baik-baik sahaja dan pastikan cuci tangan bersih dan sentiasa membawa hand sanitizer kemana sahaja. Ingatkan sempena dengan cuti sekolah ini nak kongsi tempat penginapan menarik yang Faries telah pergi baru-baru ini iaitu di Swiss Garden, Hotel & Residence, Genting Highland. Tak apa korang boleh pergi nanti bawa anak-anak, kawan-kawan. keluarga selepas keadaan ini reda..
Untuk pengetahuan semua. Swiss Garden, Hotel & Residence, Genting Highland ini terletak di tidak jauh daripada Puncak Genting Highlands yang sibuk dan selain itu hotel berada di lokasi utama tanpa terhalang oleh kesibukan bandar dengan pelbagai kemudahan gaya hidup dan persekitaran yang ideal dengan udara segar dan iklim gunung 19 ° C - 25 ° C . Hotel ini baru sahaja beroperasi tahun lepas dan boleh kata serba lengkap dan baru.