Thursday, October 15, 2020

Amazing Success Beri Peluang Untuk Kenali Personaliti Diri!

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Rasa macam dah lama tidak bertemu wahai pembaca-pembaca sekalian. Hari ini Faries nak kongsi sedikit satu perkara yang Faries rasa sangat menarik. Soalan pertama yang  sebelum kita pergi jauh, Faries nak tanya korang semua. Sepanjang korang hidup, sejauh mana korang kenal diri korang? Susah tak soalan ni? Macam Faries sendiri pun masih tercari-cari personaliti diri yang sebenar. Nasib baru baru-baru ini Faries bertemu dengan orang hebat daripada satu organisasi yang dikenali sebagai Amazing Success. Nak tahu apa itu amazing success? Korang kena baca sampai abis taw.....

Sunday, September 20, 2020

Mencuba Rawatan Dual Yellow Laser di Klink Dr Chong - Skin and Laser Center, Kepong

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Rasa macam dah lama tak manjakan kulit muka almaklumlah sibuk dengan kerja dan urusan hari-hari. Faries rasa kali terakhir buat rawatan muka pada pertengahan tahun lepas. Dan korang pun tahu yang lelaki biasalah tidak menitik beratkan sangat pasal penjagaan kulit walaupun Faries boleh dikategorikan sebagai lelaki metroseksual tetapi bab penjagaan kulit ni memang liat sikit. Tapi kalau dah ada tumbuh jerawat atau parut mulalah tak senang duduk.hahaha. Ok macam dah panjang sangat je kan membebel, sebenarnya nak bagitahu yang Faries baru sahaja mendapatkan rawatan laser di Dr Chong Klinik yang terletak di Kepong. Nak tahu Faries buat rawatan apa dan review Faries? Korang kena baca entri ni sampai habis.....

Thursday, September 10, 2020

Shopee 9.9 Super Shopping Day- 12 Juta Barang Dijual Dalam Sejam Pertama!

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua....


Shopee, platform e-dagang no.1 Malaysia, menyempurnakan 9.9 Super Shopping Day yang paling berjaya setakat ini. Dikuasai oleh ekosistem Shopee yang kukuh, 9.9 Super Shopping Day membawakan hiburan dan tawaran membeli-belah yang hebat kepada pengguna dan mempercepatkan pemulihan ekonomi untuk para penjual dan rakan jenama, dengan lebih 12 juta barangan dijual dalam sejam pertama pada 9 September.

Shopee menunaikan tiga komitmen untuk 9.9 Super Shopping Day di rantau ini

9.9 Super Shopping Day merupakan batu loncatan bagi pemulihan ekonomi kerana para penjual dan rakan jenama di rantau ini memaksimumkan keterlihatan dan jualan mereka di Shopee. Jenama dan penjual yang mengambil bahagian dalam kempen tersebut menikmati peningkatan jualan, dengan 700,000 produk dijual dalam seminit pada kemuncak 9 September.