Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi. Alhamdulillah tahun ini kita sudah boleh kembali melakukan aktiviti diluar meskipun terhad. Yang penting sama-sama kita menjaga SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi membendung pandemik covid 19 ini. Eh sebenarnya nak cerita yang baru-baru ini Faries telah dijemput ke Restoran Rebung Chef Ismail bagi sesi ramadan preview. Serius ini kali pertama kesini dan Faries jatuh cinta tengan konsep restoran ini. Dia punya konsep warisan melayu memang cantik. Sama dengan konsep yang dibawakan untuk Buffet Ramadan 2021 ini iaitu " Sentuhan Warisan Oleh Dato Chef Ismail". Korang nak tahu apa istimewanya buffet ramadan tahun di Restoran Rebung? Jom baca sampai habis...