Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari yang ke-6 seluruh umat islam berpuasa bagi tahun 2021 ini. Walaupun tahun ini agak berbeza disebabkan pandemik covid 19 masih melanda tetapi alhamdulillah semua dah boleh keluar dan terus patuh SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi membendung virus covid 19 ini. Korang dah plan nak berbuka bersama keluarga mahupun yang tersayang dimana kali ini? Faries nak kongsi baru-baru ini baru sahaja pergi berbuka di OKAD Event Space yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam. Nak tahu apa yang best dekat sini? Korang kena baca sampai habis taw.