Sunday, June 27, 2021

True Aussie Beef Memperkenalkan Daging Import Berkualiti Tinggi Dari Negara Australia

 Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera....


Makanan barat ataupun lebih dikenali hidangan 'western' sudah sinonim dengan kehidupan rakyat Malaysia. Pilihan untuk menikmati makanan tradisional ataupun western menjadi pilihan rata-rata penduduk disini. Siapa dekat sini pengemar stik? Kalau korang minat, korang mesti tahu cara memilih daging yang segar dan berkualiti tinggi. Macam Faries sendiri tak kesah asal daging tu lembut dan rasa juicy pun dah dikira sedap... Korang pernah cuba daging dari negara Australia? Daging lembu Australia kini sangat terkenal dan dipromosikan menggunakan jenama dan logo True Aussie Beef di pasaran antarabangsa.

Industri daging merah Australia mempunyai reputasi global sebagai pembekal produk yang bersih, selamat dan semula jadi, disokong sepenuhnya dengan disease-free status dan sistem keselamatan dan integriti makanan yang maju.

Sunday, May 23, 2021

Nio Case Keluaran Terbaru Lengkapkan Produk Sudio Nio Ear Buds

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Kalau korang ingat lagi yang Faries pernah share pasal Sudio NIO. Kalau belum tahu or baca, korang boleh klik SINI.  Sudio baru sahaja melancarkan Sudio CASE bagi pengguna Sudio NIO atau bakal pengguna baru. Cantikkan!Warna hitam tampil lebih stylo dan bergaya. Dan kalau korang nak tahu, Nio CASE ni diperbuat daripada bahan bio kitar semula iaitu menggunakan kulit epal. 

Sunday, April 18, 2021

Buffet Ramadan 2021 Review: OKAD Event Space, Shah Alam Tawarkan Makanan Citarasa Kampung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.... 

Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari yang ke-6 seluruh umat islam berpuasa bagi tahun 2021 ini. Walaupun tahun ini agak berbeza disebabkan pandemik covid 19 masih melanda tetapi alhamdulillah semua dah boleh keluar dan terus patuh SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi membendung virus covid 19 ini. Korang dah plan nak berbuka bersama keluarga mahupun yang tersayang dimana kali ini? Faries nak kongsi baru-baru ini baru sahaja pergi berbuka di OKAD Event Space yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam. Nak tahu apa yang best dekat sini? Korang kena baca sampai habis taw.