Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sejak pandemik covid 19 melanda dunia, kita semua telah arahkan untuk berkurung dirumah untuk mengelakkan wabak ini makin bertambah teruk. Sudah hampir 2 tahun wabak ini melanda, tetapi pandemik ini nampaknya masih tidak menunjukkan sebarang perubahan. Faries sendiri mengalami tekanan teruk akibat bekerja dari rumah dan terpaksa berkurung. Aktiviti-aktiviti yang biasa kita semua lakukan sebelum pandemik ini melanda sudah tak boleh dilakukan lagi dan ini menambah tekanan emosi kepada semua. Alhamdulilllah baru-baru ini, Faries terjumpa satu aplikasi pintar yang sangat membantu sedikit sebanyak mengisi jiwa iaitu aplikasi Mindful Muslim.