Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Peraduan Makan & Menang anjuran produk makanan sejuk beku jenama LengQuas telah melabuhkan tirai pada 30 Jun 2021.Faries ada update mengenai peraduan daripada Lengquas ini sebelum ini, korang boleh baca di sini. Berlangsung selama tiga bulan sejak 1 April 2021 yang lalu, seramai 60 pemenang bertuah telah dipilih untuk memenangi hadiah-hadiah berupa barangan dapur bernilai RM100,000. Pemenang telah dihubungi oleh pihak KOPETRO sebelum diumukan secara rasmi melalui media sosial LengQuas.