Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Dengan kuwujudan 99 buah pulau dan keindahan yang mengasyikkan, Pulau Langkawi tidak disangkal lagi adalah syurga tropika yang wajib dilawati sesiapa sahaja. Menjadi destinasi pilihan dunia, permata bagi negeri Kedah ini kaya dengan tarikan-tarikan alam semula jadi yang mempesonakan. Dikelilingi oleh pantai-pantai berpasir putih, hutan-hutan hujan yang membekalkan udara yang menyegarkan, air terjun yang indah dan banyak lagi, segalanya tidak mungkin dapat habis dilawati dalam masa sehari.
Disebabkan kesempurnaannya ini, Langkawi menjadi destinasi yang popular dalam kalangan bukan sahaja pelancong solo, tapi juga untuk percutian bersama keluarga. Oleh itu, tempat penginapan tumbuh bagai cendawan disini tak kira daripada harga yang mahal sehingga yang terendah. Namun begitu, disebabkan pandemik covid 19, banyak tempat penginapan terjejas disebabkan ketiadaan pengunjung. Nak dijadikan cerita, pada 2 minggu yang lepas, Faries dan kawan-kawan telah pergi ke Langkawi dan menginap di Villa baru iaitu Rouhi Retreats yang terletak di Ulu Melaka, Ayer Hangat. Mesti korang nak tahu apa yang menariknya menginap disini.
|
Rouhi Retreats |