Wednesday, November 10, 2021

Tempat-Tempat Menarik Wajib Dilawati Di Pulau Langkawi Pasca Pandemik Covid 19

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini nak cerita percutian Faries di Pulau Langkawi pada dua minggu yang lepas, tak habis lagi taw.hehehe. Buat pembaca yang dah baca entri sebelum-sebelum ni mesti dah tahu Faries telah sertai satu FAM trip ke Pulau Langkawi. Sebelum-sebelum ini, Faries ada cerita pasal tempat penginapan, pengalaman naik cruise, naik Firefly dan juga pengalaman bercamping di Langkawi. Harini, Faries nak cerita lagi tempat-tempat menarik terkini yang korang wajib lawati kalau datang ke Langkawi.

Sejak kebenaran rentas negeri pada 16 September dibenarkan ke Pulau Langkawi bagi projek gelembung pelancongan, orang ramai berpusu-pusu datang ke Pulau Langkawi, walhal keadaan sebelum ini di Langkawi semasa kerajaan tidak membenarkan rentas negeri adalah sangat teruk. Banyak hotel, kedai dan tempat pelancongan tutup disebabkan tiada pelancong. Alhamdulillah, kini Langkawi sudah mula menunjukkan perubahan yang baik dengan pertambahan pelancong hari demi hari.  Semoga pandemik covid 19 terus hilang dan Pulau Langkawi serta tempat-tempat pelancongan lain boleh beroperasi seperti dahulu kala.

Thursday, November 4, 2021

Pengalaman Naik Cruise di Pulau Langkawi Bersama Your Cruise Sensation

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..... 


Salah satu aktiviti menarik di Langkawi yang kini sangat terkenal iaitu Day Cruise dan Sunset Dinner Cruise. Anda akan dibawa menaiki bot atau kapal cruise merentas lautan melihat pemandangan menarik sekitar Pulau Langkawi. Didalam perjalanan, beberapa aktiviti disediakan seperti makanan buffet, mandi laut sambil menikmati keindahan di waktu siang ataupun matahari terbenam.


Rouhi Retreats Villa Berkonsepkan Moden Kontemporari Di Pulau Langkawi

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Dengan kuwujudan 99 buah pulau dan keindahan yang mengasyikkan, Pulau Langkawi tidak disangkal lagi adalah syurga tropika yang wajib dilawati sesiapa sahaja. Menjadi destinasi pilihan dunia, permata bagi negeri Kedah ini kaya dengan tarikan-tarikan alam semula jadi yang mempesonakan. Dikelilingi oleh pantai-pantai berpasir putih, hutan-hutan hujan yang membekalkan udara yang menyegarkan, air terjun yang indah dan banyak lagi, segalanya tidak mungkin dapat habis dilawati dalam masa sehari.

Disebabkan kesempurnaannya ini, Langkawi menjadi destinasi yang popular dalam kalangan bukan sahaja pelancong solo, tapi juga untuk percutian bersama keluarga. Oleh itu, tempat penginapan tumbuh bagai cendawan disini tak kira daripada harga yang mahal sehingga yang terendah. Namun begitu, disebabkan pandemik covid 19, banyak tempat penginapan terjejas disebabkan ketiadaan pengunjung. Nak dijadikan cerita, pada 2 minggu yang lepas, Faries dan kawan-kawan telah pergi ke Langkawi dan menginap di Villa baru iaitu Rouhi Retreats yang terletak di Ulu Melaka, Ayer Hangat. Mesti korang nak tahu apa yang menariknya menginap disini.

Rouhi Retreats