Wednesday, December 29, 2021

SITI : ARE YOU READY? Dokumentari Perjalanan Konsert 3 Benua Dato Sri Siti Nurhaliza

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Siapa yang tak kenal dengan penyanyi nombor satu negara, Dato Sri Siti Nurhaliza. Industri seni ibarat tempat permainan beliau setelah berkecimpung dalam bidang seni dan merangkul pelbagai kejayaan. Pada tahun 2019, beliau telah muncul dengan konsert 3 buah negara iaitu Indonesia, Singapura dan Malaysia bertajuk "Siti On Tour" setelah beliau berehat lama setelah melahirkan cahaya mata. Harini, hasil kerjasama Shiraz Project dan Siti Nurhaliza Prodcution makan terhasilah sebuah dokumentari- 'Siti Are You Ready?

Tajuk dokufilem ini juga sangat sinonim dengan kejayaan tiga konsert gergasi beliau pada tahun 2018 lalau. SITI : ARE YOU READY? dimana beliau memulakan bicara pada malam setiap konsert beliau. Ia merupakan sebuah filem dokumentari berdurasi lapan puluh minit yang menampilkan detik di atas dan di belakang pentas, persembahan langsung serta kisah yang tidak dirungkap sepanjang jelajah konsert "Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour" di tiga buah negara iaitu Indonesia, Singapura dan Malaysia.


Tuesday, December 28, 2021

Chef Lyn's Pastry and Cafe Menawarkan Makanan Best di Bandar Baru Bangi

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Setelah berhari-hari bekerja, sebaik tiba hujung minggu mesti ramai yang tak sabar-sabar untuk memberikan ganjaran kepada diri sendiri atau ingin meluangkan masa bersama keluarga, kawan-kawan mahupun orang paling istimewa. Salah satu cara terbaik untuk melakukan semua ini adalah dengan menikmati hidangan enak yang dapat membuatkan anda tersenyum kepuasan.Untuk warga lembah Klang yang tak sempat nak bergerak jauh untuk berfood hunting, salah satu lokasi terdekat yang boleh dilawati dan boleh dikatakan makanan yang ditawarkan 'authentic' korang boleh pergi ke Chef Lyn's Pastry and Cafe yang terletak di Bangi Gateway Bandar Baru Bangi. Nak tahu apa istimewanya cafe ini? Korang kenalah baca sampai habis...

Friday, December 10, 2021

Pulse Grande Hotel, Putrajaya Menawarkan Promosi Weekend BBQ & Stemboat Buffet Dinner 2021

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dulu sebelum adanya pandemik covid 19, menikmati buffet dinner di hotel sudah menjadi kebiasaan bukan? Sekarang macam dah lama sangat tak pergi makan buffet dihotel disebabkan beberapa peraturan seperti penjarakan di tempat-tempat makan masih dilaksanakan. Baru-baru ini Faries pergi ke Pulse Grande Hotel, Putrajaya dan merasai weekend BBQ dan Steamboat Buffer Dinner disini. Nak tahu apa yang menu best dekat sini? Jom teruskan membaca...