Tuesday, March 8, 2022

Buffet Ramadan Review 2022: Sajian Istana & Nusantara di Ummis Hijau Kasturi @ Sentul Village

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Eh dalam sedar tak sedar kita dah nak masuk bulan ramadan bagi tahun 2022 kurang daripada 30 hari lagi. Macam biasa setiap tahun mesti Faries nak share tempat berbuka puasa yang best untuk korang pergi. Memandangkan tahun ni keadaan masih sama dimana kita masih didalam pandemik tetapi insyaallah keadaan semakin baik. Baru-baru ni, Faries ada pergi ke satu restoran iaiti Ummis Hijau Kasturi yang terletak di @Sentul Village. Korang yang cintakan masakan tradisional Melayu wajib datang kesini taw.

Thursday, February 10, 2022

Suplemen Kesihatan Kyoor Membantu Mengekalkan Kesihatan Diri

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Semakin meningkat umur, kesedaran akan penjagaan kesihatan diri semakin bertambah. Sebenarnya masa muda pun patutnya kita dah kena menitik beratkan pasal penjagaan kesihatan diri. Nak tanya, korang pernah tahu tak yang sebenarnya, darah dalam badan kita merupakan benda paling mudah kita kenal pasti masalah kesihatan kita.

Baru-baru ini Faries pergi cuba dan lihat sendiri bagaimana cara kita boleh meningkatkan kesihatan diri dengan mengambil suplemen kesihatan. Korang mesti tertanya-tanya apakah nama suplemen ini kan.. Taraaa....Kyoor is Cure ialah nama suplemen yang Faries maksudkan. Kalau ada yang tertanya-tanya kenapa nama 'Kyoor', maksud asalnya ialah Cure tetapi diberikan nama yang sedikit unik.

Friday, January 21, 2022

SUKE TV Dilancarkan Sebagai Rangkaian Penyiaran Tempatan Baru Bagi Tahun 2022

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua.... 

Semenjak teknologi penyiaran Malaysia bertukar daripada analog ke digital pada tahun 2019, kita dapat lihat setiap penduduk di Malaysia, tanpa mengira di mana mereka berada berupaya menonton saluran televisyen kegemaran masing-masing. Kini ada satu lagi rangkaian penyiaran tempatan iaitu SUKE TV akan mewarnai hari-hari anda. Faries pun bukan peminat racangan tv tapi nampak SUKE TV ni macam best.