Thursday, August 25, 2022

Museum of Illusion Kuala Lumpur Tempat Menarik yang Wajib Dikunjungi di Kuala Lumpur

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Bila kita cakap pasal Kuala Lumpur je, apa yang korang akan pikir dan apa tempat-tempat menarik misalnya?Korang pernah pergi ke Museum of Illusions Kuala Lumpur? Ini adalah antara tarikan tempat menarik di Kuala Lumpur. Museum of Illusions ini terletak di tingkat pertama Hotel Ansa di Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur. Muzium dua tingkat yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan termasuklah bergambar menggunakan prop ilusi yang hasilnya memang mengagumkan.

Sunday, August 21, 2022

Teater Tanjong Berkisarkan Cerita Dari Negeri Sembilan Kini Dipentaskan Di Istana Budaya

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Siapa dekat sini peminat teater? Teater berkisarkan kehidupan orang dulu kala yang penuh tradisi dan budaya merupakan kisah yang sangat menarik untuk korang tonton dan pada masa yang sama pelajari adat dan budaya orang dulu-dulu. kalau korang semua nak tahu, sebuah teater Tanjong dari Negeri Sembilan bakal Dipentaskan Di Istana Budaya pada bulan september nanti. Sesuatu yang cukup istimewa apabila kita dapat menyaksikan sendiri pementasan teater yang memperkenalkan keindahan lenggok bahasa dan budaya tradisi orang lama.  Teater Tanjong merupakan naskhah hebat yang menampilkan budaya orang negeri kelahiran ku iaitu Negeri Sembilan yang cukup popular dengan adat pepatihnya.



Thursday, June 9, 2022

Meat Cartel TTDI Sambut Ulangtahun Pertama!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Kalau bercakap mengenai Restoran paling best dalam menawarkan menu berasaskan daging, sudah pasti Meat Cartel salah satunya pilihan. Kalau korang nak tahu, Faries tahu restoran Meat Cartel ini disebabkan Fattah Amin je.hehehe. Ok nak cerita yang baru-baru ini, Faries menghadiri jemputan makan di Meat Cartel TTDI bersempena dengan sambutan ulang tahun mereka yang pertama.

Untuk pengetahuan semua, Meat Cartel TTDI ini sudah beroperasi selama setahun di Taman Tun Dr Ismail ini. Dekorasi didalam restoran memang sangat cantik, kemas dan selesa. Sesuai jika hadir ke sini untuk menikmati hidangan bersama rakan dan keluarga. Begitu juga jika hendak diadakan sebarang acara, lokasinya memang sesuai dan terbaik.