Thursday, November 17, 2022

Goal Bonanza Sempena Piala Dunia 2022 bersama AEON Serta Penampilan Khas Robbie Fowler!

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Bagi peminat bola sepak, pertandingan Piala Dunia 2022 yang dianjurkan di Qatar pastinya satu pertandingan yang sangat dinanti-nantikan.Piala Dunia FIFA, sering dipanggil Piala Dunia, ialah pertandingan bola sepak persatuan antarabangsa yang dipertandingkan oleh pasukan kebangsaan lelaki senior ahli-ahli FIFA, badan induk global sukan itu. Justeru, AEON tidak melepaskan peluang untuk turut sama merasai kehangatan Piala Dunia tahun ini!

Sunday, November 13, 2022

Program ‘Kita Rewang Sekampung’ Peringkat Daerah Kuala Langat 2022 Bersama Masyarakat Setempat

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Baru-baru ini, Program Kita Rewang Sekampung telah diadakan di daerah Kuala Langat Selangor bertempat di Dataran Batu Laut Tanjung Sepat pada 11 dan 12 November 2022. Ini adalah antara usaha kerajaan Negeri Selangor dalam antara mengeratkan hubungan masyarakat berteraskan tradisi masyarakat terdahulu yang melakukan gotong-royong membantu keluarga yang mengadakan majlis perkahwinan atau kesyukuran dalam komuniti setempat. Ini merupakan pengalaman pertama Faries ikut serta dalam program seperti ini dan ianya sangat menarik dan macam-macam aktiviti yang Faries dapat lihat dan pelajari.

Thursday, November 10, 2022

Restoran Seafood Zaman Ku Galaxy Ampang Mall Menawarkan Makanan Laut Murah dan Segar

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Buat peminat makanan seafood korang pasti susah atau tak tahu dekat mana nak cari seafood yang sedap plus murah dekat area KL ni. Ok ni nak cerita, baru baru ni Faries dan kawan-kawan pergi sendiri ke sebuah restoran yang terletak di Galaxy Ampang Mall. Restoran ini namanya Restoran Zaman Ku. Apa yang menarik sangat seafood dekat sini? Jom teruskan membaca....

Restoran Seafood Zamanku baru beroperasi lebih kurang dalam setahun lebih dan ianya cukup dikenali dikalangan masyarakat setempat terutama kesegaran hidupan laut yang ditawarkan dalam setiap masakannya.