Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Hiburan terutamanya berbentuk komedi merupakan salah satu aktiviti yang baik yang boleh membawa kepada emosi berbentuk positif. Faries sendiri sangat seronok melihat hiburan berbentuk komedi sebab dapat membantu diri daripada masalah stress melalui gelak tawa. Komedi berbentuk standup ini bukan sahaja memberikan impak gelak tawa, mesej yang dibawakan kadang-kadang memberikan maksud yang lebih baik untuk kita pelajari. Bercakap pasal hiburan komedi ini, nak bagitaw yang Instant Cafe Theatre akan membawakan satu talk show komedi di Plenary Hall KLCC pada 18 March 2023.