Saturday, April 15, 2023

Kieslect Calling Watch Ks Jam Tangan Pintar Memenuhi Gaya Hidup Masa Kini!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Jam tangan pintar atau dikenali sebagai Smart Watch bukan asing lagi bagi rakyat Malaysia terutamanya bagi golongan remaja. Faries sendiri baru sahaja memiliki jam tangan pintar akibat terpengaruh dengan fungsi-fungsi yang ada pada jam pintar. Selain penggunaan telefon, jam pintar boleh dijadikan sebagai 'skrin kedua' untuk melihat maklumat seperti mod latihan, gerakan nadi dan sebagainya. Faries nak kongsi yang Faries dah jumpa satu jam pintar yang sangat memikat hati iaitu Kieslect Calling Watch Ks. Jom kita lihat apa yang menariknya jam pintar ini

Tuesday, April 11, 2023

INLAB SENZ Merupakan Projector Terbaik di Pasaran tahun 2023!

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

 

Zaman dulu- dulu, projector ni kita hanya lihat di sekolah sebab digunakan untuk tujuan pelajaran tak pun guna di office untuk presentation kerja dan sebagainya. Tapi kini penggunaan projector dah meluas sebab terdapat Projector yang harganya jauh lebih murah berbanding dulu. Bukan murah sahaja ianya juga berkualiti dan pastinya mampu untuk beli untuk kegunaan peribadi seperti tonton movie dekat rumah buat home cinema, kegunaan untuk office tak pun projector untuk guru di sekolah. 

 

Tambahan pula, cara nak guna Projector sekarang pun tak serumit macam dulu, sebab sekarang kebanyakannya boleh ‘plug and play’ guna laptop dan smartphone je. Senang. Projector ni ada jugak yg lengkap dengan speaker tapi nak lagi best korang boleh pair dengan Soundbar untuk feel sound macam dalam wayang tau. Macam Panjang pula mukadimah kan, sebenarnya Faries jumpa satu projector yang sangat baik untuk korang iaitu INLAB SENZ. Nak tahu lebih lanjut, jom baca sampai habis.

 

 

Wednesday, April 5, 2023

Buffet Ramadhan Review 2023: Micasa Hotel All Suites Menawarkan Menu Selera Warisan

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Buat yang masih tercari-cari tempat berbuka puasa, jom iftar di MiCasa All Suite Hotel. Faries baru sahaja mencuba hidangan yang disediakan disana dan agak berpuas hati dengan menu-menu yang disediakan. Buat sesiapa yang tak tahu MiCasa hotel ni dimana, hotel ini terletak berdekatan dengan Jalan U. Thant, Kuala Lumpur.