Friday, March 1, 2024

Buffet Ramadan Review 2024: D'Pine Loghouse, Farm in The City Selangor Berkonsepkan Nostalgia Desa

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Korang semua dah jumpa belum tempat untuk berbuka puasa tahun ni? Ramadan semakin menghampiri dan semua orang dah teruja teruja nak menyambut ketibaan Ramadan. Kali ini, Faries nak kongsikan satu lokasi berbuka puasa yang agak istimewa dan yang paling penting harga untuk golongan marhaen. Tempat buffet ramadhan tahun ini berkonsepkan masakan melayu asli di lokasi menarik iaitu di Farm In The City, Seri Kembangan, Selangor. Istimewanya buat tahun ini korang boleh rasai pengalaman berbuka puasa dengan pelbagai makanan menarik, sambil itu boleh melihat dan berinteraksi bersama haiwan yang comel-comel belaka.


Thursday, February 29, 2024

Buffet Ramadhan 2024 Kuala Lumpur : DoubleTree By Hilton KL Bertemakan Merentasi Tradisi, Sajian Dulu dan Kini

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur membawakan bufet ramadan 2024 bertemakan “Merentasi Tradisi: Sajian Dulu dan Kini”. Ini bagi meraikan kekayaan warisan negara terutama makanan tradisi.
Sebagai sebahagian daripada kempen hartanah di seluruh negara. Istimewa di Malaysia memperkenalkan bufet bertemakan 'Merentasi Tradisi: Sajian Dulu dan Kini' dengan mengajak pelangan untuk menghargai evolusi kulinari hidangan Ramadan melalui kepelbagaian hidangan klasik dan terkini.

Saturday, February 24, 2024

Buffet Ramadhan 2024 Kuala Lumpur : Micasa Hotel Menawarkan Ramadhan Buffet Bertemakan Citarasa Khazanah

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua...

Untuk pengetahuan semua, Micasa Hotel Kuala Lumpur menawarkan buffet ramadan bertemakan "Citarasa Khazanah" yang diilhamkan oleh Chef terkemuka meraka iaitu Chef Adrian dan juga teamnya. Buffet ramadan di Micasa Hotel akan bermula pada 12 March sehingga 4 April 2024.