Wednesday, March 6, 2024

Buffet Ramadan Review 2024: Grand Pacific Ballroom Evolve Concept Mall, Ara Damansara

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Buat julung-julung kalinya Grand Pacific Ballroom yang terletak di Tingkat 3 Evolve Concept Mall Ara Damansara menganjurkan bufet ramadan bagi tahun 2024. Tema buffet ramadan pada tahun ini ialah "Selera Orang Kita" sudah tentu menu-menu yang dibawakan lebih kepada menu tradisional melayu. Untuk pengetahuan semua, Dewan GBP ini boleh memuatkan 700 orang dalam satu-satu masa ini sememangnya sentiasa menjadi pilihan majlis-majlis korporat dan keraian masyarakat setempat.

Friday, March 1, 2024

Buffet Ramadan Review 2024: D'Pine Loghouse, Farm in The City Selangor Berkonsepkan Nostalgia Desa

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Korang semua dah jumpa belum tempat untuk berbuka puasa tahun ni? Ramadan semakin menghampiri dan semua orang dah teruja teruja nak menyambut ketibaan Ramadan. Kali ini, Faries nak kongsikan satu lokasi berbuka puasa yang agak istimewa dan yang paling penting harga untuk golongan marhaen. Tempat buffet ramadhan tahun ini berkonsepkan masakan melayu asli di lokasi menarik iaitu di Farm In The City, Seri Kembangan, Selangor. Istimewanya buat tahun ini korang boleh rasai pengalaman berbuka puasa dengan pelbagai makanan menarik, sambil itu boleh melihat dan berinteraksi bersama haiwan yang comel-comel belaka.


Thursday, February 29, 2024

Buffet Ramadhan 2024 Kuala Lumpur : DoubleTree By Hilton KL Bertemakan Merentasi Tradisi, Sajian Dulu dan Kini

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur membawakan bufet ramadan 2024 bertemakan “Merentasi Tradisi: Sajian Dulu dan Kini”. Ini bagi meraikan kekayaan warisan negara terutama makanan tradisi.
Sebagai sebahagian daripada kempen hartanah di seluruh negara. Istimewa di Malaysia memperkenalkan bufet bertemakan 'Merentasi Tradisi: Sajian Dulu dan Kini' dengan mengajak pelangan untuk menghargai evolusi kulinari hidangan Ramadan melalui kepelbagaian hidangan klasik dan terkini.