Friday, March 15, 2024

Kolaborasi Raya 2024 Jersi Choii x Bulan Bintang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Semalam pada 14 March 2024, telah berlangsung satu majlis pelancaran jersi Choii X Baju Melayu Bulan Bintang dan siri jelajah festival raya choii x bulan bintang 2024 telah diadakan di salah satu hotel terkemuka Kuala Lumpur.


Thursday, March 14, 2024

VIVO Malaysia Memperkenalkan Siri VIVO V30 Menggabungkan Teknologi Zeiss dan Aura Light 3.0

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Vivo Malaysia dengan bangganya melancarkan penambahan baru dalam siri V mereka iaitu vivo V30 dan vivo V30 Pro hari ini. Keluaran pada siri vivo V30 kali in memaparkan reka bentuk telefon pintar ternipis daripada vivo, siri vivo V30 ini dilengkapi dengan bateri 5000 mAh (TYP) yang tahan lasak selama empat tahun, disertakan dengan ciri Aura Light Portrait 3.0 bagi kualiti gambar yang lebih baik dan pilihan warna yang menarik. Bagi vivo V30 Pro, ia mempunyai satu kelebihan pada kameranya iaitu, kamera potret profesional dari ZEISS yang direka khas untuk memberikan pengguna pengalaman fotografi potret seperti di dalam studio. Inovasi dari vivo kali ini memastikan prestasi yang berkualiti dan hayat bateri yang berpanjangan.

 

Wednesday, March 13, 2024

Buffet Ramadan Review 2024: Restoran Santapan Ummis Hijau Kasturi Menyediakan Nostalgia Sungkei Di Desa, Air Tangan Ibu

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Buat penduduk Sentul dan juga Kuala Lumpur yang ingin rasai air tangan bekas cef Sultan Brunei, jemputlah datang dan ke Santapan Ummis Hijau Kasturi. Untuk bufet ramadan tahun ini Santapan Ummis Hijau Kasturi membawakan barisan hidangan gabungan sajian desa dua negara istimewa untuk Ramadan 2024. Bertemakan Nostalgia Sungkei Di Desa, Air Tangan Ibu terdapat lebih 45 jenis makanan gabungan hidangan Malaysia dan Brunei bakal tersedia sepanjang Ramadan.



Meneruskan konsep bufet yang sudah menjadi identiti mereka, seleksi untuk Ramadan di Santapan Ummis Hijau Kasturi akan bermula pada 13 Mac 2023 hingga 8 April 2024. Menurut pemilik yang juga cef di restoran ini, Cef Haji Fauzi dan Cef Hajah Norziah, tema tersebut sengaja dipilih memandangkan sajian desa di Santapan Ummis Hijau Kasturi mendapat sambutan yang cukup menggalakkan di kalangan pelanggan.