Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Baru-baru ini, Faries telah menghadiri AEON Fashion Preview (AFP) June 2024 di AEON Cheras Selatan. Event kali ini adalah bagi memperkenalkan Pereka Pakaian Dari Asean - Aeon Malaysia sekali lagi menganjurkan acara tahunannya iaitu AEON Fashion Preview (AFP). Untuk edisi kali ini, Aeon Malaysia telah memperkenalkan pereka pakaian Asean yang telah mempunyai jenama label mereka sendiri. Koleksi pakaian pereka Asean ini akan boleh didapati di Aeon.
Lima jenama yang turut serta seperti Kanzi Collection, Finix, CDL, Andrew Smith dan M. Gee. Kerjasama bersama jenama dan pereka Asean ini bukan sahaja dapat menonjolkan kehebatan kreatif pereka ASEAN tetapi juga membuktikan AEON sentiasa memberi komitmen untuk menyokong bakat serantau dan pada masa yang sama menyokong perkongsian budaya.