Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sukan bukan sekadar aktiviti fizikal, ia dapat memperkukuhkan kesepaduan sosial, memperkukuhkan komuniti dan melahirkan juara masa hadapan. Menyedari kepentingan yang mendalam ini, DASHING jenama minyak wangi dan deodoran lelaki terkemuka Malaysia, dengan bangganya melancarkan kempen “DASHING Bump-It!”. Ia sebuah inisiatif digital untuk memberikan inspirasi dan menyatukan rakyat Malaysia untuk memberi sokongan mereka kepada atlet negara mengecapi kejayaan di persada sukan dunia.
Di DASHING, kami percaya pada kekuatan sukan untuk menyatukan kita dan mencipta perubahan yang berkekalan. Kempen "DASHING Bump-It!" mencerminkan komitmen kami untuk memupuk semangat komuniti dan menyokong cita-cita sukan negara. Dengan menyertai kempen ini, anda tidak hanya menyumbang kepada pembangunan sukan akar umbi, tetapi juga membantu membina masa depan yang lebih cerah untuk bakal atlet berbakat Malaysia.