Wednesday, January 29, 2025

Pengalaman Mewah Menginap di Putrajaya Marriot Hotel 2025

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Musim cuti sekolah ni adalah masa terbaik untuk pergi beristirehat dan baru-baru ini Faries dan rakan-rakan memilih untuk pergi staycation di Putrajaya Marriot Hotel. Sebagai salah satu hotel bertaraf lima bintang, pengalaman Faries di sini sangat istimewa dan penuh dengan kenangan manis. Tujuan kami menginap di hotel ini adalah untuk meluangkan masa bersama sambil menikmati suasana mewah dan tenang di sekitar Putrajaya.Sebenarnya sudah beberapa kali datang kesini tetapi tidak pernah lagi menginap. Dan kali ini berpeluang untuk stay selama 3 hari 2 malam. Nak tahu apa yang best dekat sini.

Sunday, December 8, 2024

Choco Albab Menyambut Ulang Tahun Ke -3 Serta Pelancaran Produk Baru Keluarannya 2024

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Baru-baru ini, Faries menghadiri sambutan ulang tahun Choco Albab, jenama coklat tempatan yang semakin dikenali, dengan bangga meraikan Sambutan Ulang Tahunnya yang Ke-3 di Bangi Avenue Convention Centre (BACC). Acara istimewa ini menandakan tiga tahun usaha gigih dalam membina empayar perniagaan yang bukan sahaja memenuhi citarasa pelanggan,tetapi juga menjadi platform untuk membantu orang ramai menjana pendapatan tambahan.

Wednesday, November 6, 2024

Peluang Memiliki Kediaman Pintar di Bandar Sri Sendayan di Bawah Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

 


Baru-baru ini, Faries datang ke showroom perumahan Bayu Sutera yang dibangunkan oleh Matrix Concepts. Untuk info kawasan perumahan di sini semakin berkembang di bandar Seremban dan memberi banyak potensi hebat kepada pemilik pada masa akan. Dibawah Bayu Sutera, terdapat pelbagai unit perumahan antaranya LYRA II, IZARA, ELONIA III dan MELORA. Unit perumahan yang Faries pergi ialah unit 'Melora'

Untuk pengetahuan semua, Matrix Concepts sedang mengadakan satu ‘Kempen Hartanah Bumiputera Matrix’Dengan pakej eksklusif yang direka untuk menjadikan pemilikan kediaman lebih mudah diakses oleh pembeli Bumiputera, kami telah menghasilkan hartanah yang menepati gaya hidup moden. Ini adalah peluang anda untuk menikmati kehidupan yang selesa dalam persekitaran yang tenang.

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix ini menawarkan seperti berikut:

- Penjimatan Hebat sehingga RM 150K

- Bayaran Bulan rendah sehingga RM2,083

- Miliki rumah anda dengan hanya RM300!

- Bukan itu sahaja, Pembiayaan penuh sehingga 100% dari bank terpilih

- Kadar Pembiayaan Rendah

- keahlian d'Tempat Country Club sehingga 5 tahun *Tertakluk terma*

- Kediaman dilengkapi dengan Smart Homes Features

- Percuma broadband internet services

Untuk pengetahuan semua rumah ini berstatus hakmilik kekal,. Unit kediaman yang mempunyai keluasan diantara: