Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Aktiviti camping atau lebih mesra dipanggil sebagai aktiviti perkhemahan kini merupakan aktiviti paling popular semenjak pandemik covid 19 melanda. Aktiviti ini boleh dikatakan lebih mencabar dan yakni boleh merapatkan hubungan silaturrahim antara keluarga dan kawan-kawan berbanding menginap di hotel-hotel mewah. Baru-baru ini Faries dapat merasai sendiri aktiviti camping di Pulau Langkawi iaitu di Dayang Bunting Campsite. Korang mesti tertanya-tanya dimana lokasi sebenar tempat ini kan?