Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Baru-baru ini, Faries telah dijemput dan hadir ke majlis pelancaran produk rangkaian rambut daripada
NH Beauty Solution bertempat di DeepBlue, The Face Suite, Kuala Lumpur. Majlis ini memperkenalkan 7 jenis produk rangkaian rambut daripada NH Beauty Solution. Nak tahu apa produknya, korang kena baca sampai habis....
Untuk pengetahuan lanjut, pengasas NH Beauty, Pn Nurul Hidayah Mohmad sangat minat dalam bidang perniagaan. Beliau mempunyai beberapa perniagaan bertempat di negeri kelahiran beliau di Terengganu. Antara perniagaan utama yang beliau ada ialah perniagaan saloon rambut muslima, produk pakaian, serta kedai aksesori telefon.Kini berbekalkan pengalaman dan kekuatan yang ada, beliau berjaya melancarkan produk rangkaian penjagaan rambut terbaru.