Saturday, August 24, 2024

AEON Tawarkan Kereta Idaman Untuk DiMenangi Bersempena Ulangtahun ke 40 Tahun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


AEON dengan kerjasama EON telah menganjurkan Peraduan Pemberian Kereta Impian Bulanan Bersempena Dengan Ulang Tahun Ke-40. Penganjuran peraduan yang cukup bermakna menandakan empat dekad lamanya AEON dan EON konsisten bersama-sama memenuhi keperluan masyarakat.

Untuk meraikan kejayaan ini, AEON dan EON telah bekerjasama menawarkan pelanggan AEON untuk membawa pulang kereta mewah melalui siri pemberian secara bulanan. Secara ringkas terdapat empat kereta ditawarkan yang mana 1 unit untuk setiap bulan.

Friday, July 26, 2024

Sertai Cabaran DASHING 'Bump-It!' Memupuk Juara Masa Hadapan Di Persada Sukan Dunia

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sukan bukan sekadar aktiviti fizikal, ia dapat memperkukuhkan kesepaduan sosial, memperkukuhkan komuniti dan melahirkan juara masa hadapan. Menyedari kepentingan yang mendalam ini, DASHING jenama minyak wangi dan deodoran lelaki terkemuka Malaysia, dengan bangganya melancarkan kempen “DASHING Bump-It!”. Ia sebuah inisiatif digital untuk memberikan inspirasi dan menyatukan rakyat Malaysia untuk memberi sokongan mereka kepada atlet negara mengecapi kejayaan di persada sukan dunia.

Di DASHING, kami percaya pada kekuatan sukan untuk menyatukan kita dan mencipta perubahan yang berkekalan. Kempen "DASHING Bump-It!" mencerminkan komitmen kami untuk memupuk semangat komuniti dan menyokong cita-cita sukan negara. Dengan menyertai kempen ini, anda tidak hanya menyumbang kepada pembangunan sukan akar umbi, tetapi juga membantu membina masa depan yang lebih cerah untuk bakal atlet berbakat Malaysia.

Thursday, July 18, 2024

Felda Raikan Sambutan Hari Peneroka Felda Bagi Tahun 2024 di Maeps, Serdang

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Baru-baru ini bertariukh 12-14 Julai 2024 yang lepas, Faries telah menghadiri Hari Peneroka Felda bertempat di MAEPS Serdang. Pelbagai aktiviti menarik dan program yang padat telah disusun untuk pengunjung. Hari Peneroka Felda kali ke 68 ini  berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) telah menghimpunkan 500,000 peneroka generasi pertama seluruh Malaysia.